Tuesday, October 2, 2007

rilek kejap, jom bersenam


Jangan serius sangat wat keja tu, senyumla ckit..:)

Heheheh… gurau jek

ayat bagi isteri yang tak setuju

pegawai wanita disini telah memberi cara sekiranya tidak setuju

1. sewaktu suami baik pada anda adalah yang tak kena hati-hati

2. bertenang, jangan emosi, rileks

3. sambil senyum ucaplah

Suamiku, andai kau memang mentari, sang surya yang memberi
cahaya, aku merelakan engkau berikan sinaranmu kepada segala
planet yang telah TUHAN ciptakan kerana mereka juga seperti
aku perlukan cahaya mu dan akupun juga tidak akan merasa
kekurangan dengan sinaran mu...

AKAN TETAPIIIIIIII. . Bila kau hanya sejengkal lilin yang
berkekuatan 5 watt sahaja, jangan lah bermimpi untuk
menyinari planet lain!!! Kerana bilik tidur kita yang kecil pun
belum sanggup kau terangi.
Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita,
di tengah remang-remang pancaran cahaya mu yang telah aku
mengerti... Cuba lihat siapa dirimu... MATAHARI atau lilin ?

Come on....... please lah...!!!

ayat bagi sisuami untuk poligami

bagi kaum lelaki yang nak memujuk isteri untuk berpoligami sila ikut langkah ini semoga berjaya:

1. mintalah sewaktu di kamar tidur

2.berikan kata pujian bertapa pentingnya isteri anda dalam kehidupan anda

3. bercakap dengan lemah lembut

4. susun ayat dengan sesempurna mungkin

5. cuba guna ayat ini


Istriku, jika engkau bumi, akulah matahari.
Aku akan menyinari mu kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku.
Ingatlah bahtera yg kita kayuh, begitu penuh riak gelombang.
Aku pasti akan tetap menyinari bumi, hingga kadang-kadang bumi
terasa akan silauan ku. Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan
mencipta bukan hanya bumi,
malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.
Lalu.. Relakanlah aku menyinari planet lain, menyampaikan faedah
adanya aku, kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan diplanet lain...

semoga berjaya

Tuesday, September 25, 2007

pantun jepun

Pulau Hokkaido jauh ketengah
Gunung Fuji bercabang tiga
Hancur Raksaser dikandung tanah
Ultraman yg baik dikenang jua.

Dua tiga Raksaser berlari
Maner nak samer Raksaser Kero
Dua tiga Ultraman boleh kucari
Maner nak samer Ultraman Taro.

Kalau roboh Kota Narita
Papan di Tokyo Ultraman dirikan
Kalau sungguh itu keje Raksasa
Badan dan kepaler dier Ultraman 'fire'kan.

Kajang Ultraman kajang berlipat
Kajang Raksaser mengkuang layu
Kalau Ultraman Ace tak cukup kuat
Ultraman Neos datang membantu.

Buai laju-laju
Sampai Pokok Sena
Apa dalam baju?
Lampu Ultraman nyaler.

Mengata dulang paku serpih
Mengata Raksaser
Ultraman pulak yang lebih-lebih.

Sudah gaharu cendana pula
Sudahlah kalah di'fire' pula.

Orang berbudi kiter berbahaser
'Fire' diberi pada raksaser.

ehemm... camne rasa
membazir tak masa?

cuba teka yang mana satu ustaz?


jom main teka teki yang mana satu ustaz?

bbg member picture


hehe na kahwin,, renjis renjis renjis,, bila dah kahwin hari2 tersenyum,, agaknya macam nilah orang dah kahwin yer

saya dan partner


jangan jealous,, ni gambar masa buat DO masuk kampung,,,,waktu ni kene buka pameran untuk beritahu maklumat mengenai Biro Bantuan Guaman,,

tak boleh cakap lebih,, tunang orang ni